Monday, August 3, 2009

Virus A/ H1N1

SELESEMA babi atau swine influenza tiba-tiba mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Ada yang menganggapnya satu penyakit baru atau ciptaan Barat bagi melariskan jualan ubat.Setakat ini ia mengorbankan lebih 159 nyawa dan beratus-ratus lagi ditahan di wad bagi mengelak penularan jangkitan.Apapun anggapan dibuat, selesema babi bukan penyakit baru kerana ia dikesan sejak berpuluh tahun lalu. Kes selesema babi pada manusia mula direkod pada 1976 yang berlaku pada askar di Fort Dix, New Jersey, Amerika Syarikat. Virus itu menyebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia yang meragut satu nyawa dan empat lagi sakit teruk.Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), selesema babi ialah penyakit saluran pernafasan pada babi yang disebabkan virus influenza jenis A.




Virus influenza pada babi boleh berubah-ubah. Apabila virus influenza daripada jenis lain menjangkiti babi, ia boleh menukar gen dan menjadi virus baru.Pada masa ini ada empat jenis virus influenza jenis A yang diasingkan dari babi iaitu H1N1, H1N2, H3N2 dan H3N1. Bagaimanapun, jenis paling banyak ditemui ialah H1N1 dan H3N2.

Bagaimana selesema babi merebak?

Selain virus yang sering ditemui pada babi, kajian menunjukkan haiwan itu boleh membawa virus selesema manusia. Virus ini boleh bergabung, berubah dan menghasilkan virus baru yang mudah merebak di kalangan manusia.

Individu dijangkiti selesema babi mengalami gejala seperti jangkitan virus influenza lain iaitu

  • demam,
  • batuk,
  • hidung berair,
  • sakit kepala,
  • sakit badan,
  • menggigil,
  • lemah
  • hilang selera makan
  • Sesetengah pesakit turut mengalami muntah dan cirit-birit.

Jangkitan daripada manusia ke manusia boleh berlaku apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut. Partikel virus terapung di udara dan menjangkiti individu lain apabila orang itu menyedut udara mengandungi virus.Jangkitan juga boleh berlaku jika seseorang menyentuh permukaan tercemar (virus yang terapung di udara akhirnya melekat pada permukaan objek) dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut.

Virus selesema babi paling mudah berjangkit dalam tempoh lima hari pertama selepas seseorang itu sakit. Individu paling berisiko ialah kanak-kanak kecil dan orang tua. Pada kanak-kanak, fasa paling mudah berjangkit lebih lama iaitu sehingga 10 hari. Sehingga artikel ini ditulis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan selesema babi ke tahap lima mengikut carta amarannya. Tahap lima bermakna letusan jangkitan penyakit daripada manusia ke manusia membabitkan dua negara. Ia petanda penting akan berlakunya wabak penyakit selesema burung.

Langkah berjaga-jaga:

  • Sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui televisyen, akhbar atau Internet
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali anda batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah
  • Basuh tangan sekerap mungkin dengan sabun dan air. Amalkan teknik mencuci tangan yang betul. Boleh juga gunakan cecair pencuci berasaskan alkohol; ia mampu membunuh kuman di tangan dan tidak perlu dibilas
  • Elak menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus mudah merebak melalui laluan ini
  • Berehat di rumah jika anda tidak sihat dan elak berada di tempat sesak

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-8881 0200, 03-8881 0300 (waktu pejabat) atau layari laman web www.moh.gov.my.

Kredit to myMetro

No comments:

Post a Comment